Langsung ke konten utama

Postingan

Menampilkan postingan dari Agustus, 2017

karakter ulamak Suk.

Ciri-ciri ulama suk mudah dilihat Ahmad Baei Jaafar Ulama  suk atau yang diistilahkan sebagai fasik boleh kita lihat secara jelas pada akhir zaman ini. Ulama fasik yang disebut dalam hadis adalah pakej yang Allah datangkan pada akhir zaman bersama dengan ahli ibadah yang jahil. Hal ini kerana ulama pada akhir zaman tidak begitu berperanan dalam mendidik umat Islam ke arah ibadah yang betul. Hadis yang dimaksudkan ialah: عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " يَكُونُ فِي آخِرِ الزَّمَانِ عُبَّادٌ جُهَّالٌ ، وَعُلَمَاءُ فُسَّاقٌ " . ابن حبان Maksudnya, daripada Anas r.a dia berkata, Sabda Rasulullah: “Akan berlaku pada akhir zaman ahli ibadah yang jahil dan ahli ilmu yang fasik.” (Riwayat ibnu Hibban) Wujudnya ahli ibadah yang jahil mungkin tidak memeranjatkan kita kerana mereka menjadi jahil kerana tidak diajarkan ilmu yang betul oleh ulama atau mereka tidak mahu belajar ilmu yang betul darip...